Thursday, May 16, 2013

Alhamdulillah.. 9 May yang lepas saya ada bertanyakan satu soalan pada UAI.. dan mendapat respon dari UAI.. dan hari ini post saya telah dikongsikan kepada umum.. Alhamdulillah.. bersyukur saya.. Soalan saya menjadi pilihan UAI untuk dijawab dan juga untuk dikongsikan di satu page di FB... Semoga sesiapa yang membaca akan mendapat manfaat.. 

Kepada anda yang selalu menghamburkan kata-kata kesat, jangan marah kalau ada yang unfriend anda... dan kepada anda yang mendedahkan aurat, jangan marah juga ya... Semua in terletak ditangan anda.. samada anda nak hilang kawan atau pun anda berubah sikap... mungkin ada yang cakap, "alahh.. hilang sorang kawan tak effect kawan aku yang beribu laa!!" jangan cakap.. mungkin hari ni seorang yang unfriend, esok lusa mahu 100 orang... tapi kalau kita berubah, kawan pun makin bertambah, orang pun lebih senang pada kita.. betul tak saya cakap??

Sebenarnya ada soalan lagi kritikal untuk ditanyakan kepada Ustaz, tetapi saya rasa agak merbahaya... mungkin saya terpaksa face to face sendiri untuk bertanya kan.. hihihi... sebab agak privacy.. 


Wednesday, May 15, 2013

Golden Nuts!!

Assalamualaikum..
Hi.. kaifa haluk ya akhi wa ukhti??? Ana Alhamdulillah bikhair..

Just nak promote our new product from skyhigh recipe.. Golden nuts!!!

Apa yang menarik tentang golden nuts kami daripada orang lain???

1. Golden nuts kami terdiri daripada kacang-kacang terpilih dan berkualiti tinggi.
2. Lapisan badam yang tebal menyebabkan keinginan untuk mendapatkan nya lagi membuak-buak! waahh!!
3. Gula yang digunakan di dalam golden nuts kami bukanlah seperti gula icing mahupun gula halus.. ia merupakan sejenis tepung gula yang berkualiti tinggi dan juga mahal bagi menghasilkan golden nuts yang sedap dan juga menarik.
4. Penyediaan golden nuts dilakukan dengan cukup rapi dan juga bersih bagi menghasilkan product yang suci lagi berkualiti.
5. Sepenuhnya dilakukan oleh Muslim.. (kami la tuuh.. hehehe..)

Berapa harga nya??
Pembelian dibawah 24 balang, kami menjual dengan harga pasaran (sebenarnya lagi rendah dari pasaran!) : RM26 sebalang (weight : 300 gm) ada yang jual sehingga RM27-30!
Pembelian untuk pengedar, min 24 balang, kami memberikan harga RM22..

Kepada mereka yang berada di utara mahupun selatan, jangan risau! kami boleh membantu anda untuk pos kan golden nuts.. Alhamdulillah... setakat ini, business kami berjalan baik di Johor Bahru.. Kos pengeposan akan ditanggung 50-50.. sebahagian kami, dan sebahagian pembeli.. Kos untuk 24 balang - RM25..

Dan saya percaya, jika anda rasa sekali, sure nak lagi!! trust me bebeh!! feedback daripada customers saya mengatakan golden nuts kami adalah yang terbaik! kerana ketebalan kacang, dan juga rasa yang cukup lengkap!

Jika berminat untuk membeli ataupun menjadi pengedar, boleh hubungi kami... (019-3339661) -whatsapp boleh! viber boleh! sms pun boleh! ataupun emailkan kepada shark_1708@yahoo.com





Thursday, May 9, 2013

Buraq Kenderaan Nabi s.a.w

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah swt telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, Arasy, Kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah swt dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepadaMu Ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah swt mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah swt memberi wahyu kepada Jibrail a.s pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail a.s bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah swt berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai. Lariannya sepantas kilat. Selangkah lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.

Kemudian Jibrail a.s pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman syurga dan diwajah masing-masing terdapat nama Muhammad S.A.W. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s terpandang pada seekor buraq yang berwarna putih sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s lalu menghampirinya lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad S.A.W sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan sesudah itu aku menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail a.s, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail a.s memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Ketika sampai di bumi, buraq yang dibawa oleh Jibrail a.s itu menendang-nendangkan kakinya. Ia seolah-olah enggan ditunggangi. Melihat demikian, malaikat Jibrail a.s memegangnya dan berkata, "Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang yang akan menunggangi engkau adalah orang yang paling mulia di sisi Allah swt ". Mendengar perkataan Jibrail a.s itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan malu-malu dan tidak lagi resah. Nabi S.A.W pun naik ke tempat yang tersedia di atas badan buraq, sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi S.A.W.

Setelah siap segalanya, terbanglah buraq membawa nabi Muhammad S.A.W memulakan Israk. Dalam perjalanan itu, Jibrail a.s mendampingi nabi S.A.W di sebelah kanan baginda S.A.W manakala Israfil di sebelah kiri.

Peristiwa Isra' Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Tuesday, May 7, 2013

KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.
Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

FADHILAT BULAN REJAB
 
1. Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya Allah memuliakan dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat.

2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan ummatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya.

4. Malam awal Rejab mustajab doanya (kitab Raudhoh Imam Nawawi).

5. Puasa sehari pada bulan Rejab dijadikan Allah baginya dua sayap, Akan membawanya terbang di atas Sirotmustaqim di hari Qiamat. (Al-Hadis).

6. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. (Al-Hadis).

7. Puasa Sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis).

8. Puasa tiga hari pada Bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka yang panjangnya setahun perjalanan. (Al-Hadis).

9. Puasa empat hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari Qiamat. (Al-Hadis).

10. Puasa lima hari pada bulan Rejab, Allah SWT akan amankannya daripada azab kubur. (Al-Hadis)

11. Puasa enam hari pada bulan Rejab, ia keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis)

12. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. (Al-Hadis)

13. Puasa lapan hari pada Bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu Syurga. (Al-Hadis)

14. Puasa sembilan hari pada Bulan Rejab, keluar daripada kuburnya lalu menyeru 'لا إله إلا الله dan tidak ditolak dia masuk ke dalam syurga. (Al-Hadis)

15. Puasa sepuluh hari pada Bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi SiratulMustaqim pada tiap-tiap satu batu. (Al-Hadis)

16. Puasa 16 hari pada Bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah didalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga. (Al-Hadis)

17. Puasa 19 hari pada Bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim A.S. dan Nabi Allah Adam A.S. (Al-Hadis)

18. Puasa 20 hari pada Bulan Rejab, diampunkan Allah segala dosanya yang telah lalu, Maka mulai lah beramal apa-apa yang tinggal daripada umurnya. (Pembaharuan umur bermaksud terhapus dosa-dosanya). (Al-Hadis)

19. Berkata Saidina Ali R.U. :
- Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun.
- Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10,000 tahun.
- Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100,000 tahun.

20. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Al-Quran atas segala Qalam. (Al-Hadis)

21. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis).

22. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan Ibadah seumur hidupnya.
Maka akan berseru dari langit :
Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati ia dengan puasa, masuk kubur ia dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa dan masuklah syurga dengan sepuas-puasnya. ia terlepas dari azab kubur yakni yang berpuasa disiang hari dan beribadah pada malamnya. (Al-Hadis)

23. Bulan Rejab (Bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Puasa bulan Rejab wajib baginya :
- Diampunkan dosanya yang lalu
- Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari Qiamat.

24. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah sedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. (Al-Hadis).

25. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma pada jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dan dihapuskan seribu kejahatan.
(Al-Hadis)

26. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadah seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali ganda, kerana keistimewaan bulan Rejab yakni bulan Allah. (Al-Hadis)

27. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis).

28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada pagi dan petang hari 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuh atau jasadnya daripada api neraka. (Al-Hadis).

29. Puasa pada hari 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa selama 1000 tahun, kerana kebesaran hari Israk mikraj. (Al-Hadis).

30. Sesiapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan dan masaalah orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga firdaus. (Al-Hadis).

31. Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadah pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun lamanya – diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kubur, 70 hajat ketika terangkatnya suhuf (ketika Quran dinaikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan (timbangan amal), 70 hajat ketika berlalu di titi SiratulMustaqim. (Al-Hadis).

32. Sabda Nabi S.A.W.: Ketika malam aku dimikrajkan aku melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih dingin daripada salji , lebih wangi daripada kasturi. Maka aku bertanya : “ Wahai Jibrail, untuk siapa ini semua ?” Jibrail menjawab : “Untuk mereka yang membaca selawat untukmu pada bulan Rejab", Nabi bersabda : "Taubatlah kamu sekelian kepada Allah dan mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah daripada perbuatan maksiat pada bulan haram iaitu Rejab".
33. Beramal pada bulan Rejab digandakan 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1000 pahala. (Al-Hadis).

34. Di dalam syurga terdapat suatu sungai yang bernama ‘Rajab’ ia lebih putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu. Maka barang siapa yang berpuasa (sebahagian )* daripada Bulan Rejab, Allah akan memberi minum dengan air sungai tersebut. (Al-Hadis).

35. Setiap orang akan berasa lapar pada hari Qiamat, kecuali para-para Nabi dan keluarganya dan pada mereka-mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Maka sesungguhnya mereka selalu merasa kenyang, tidak lapar dan tidak pula haus.

36. Apabila engkau mengkehendaki suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta Iman dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua (Rejab,Syaaban dan Ramadhan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis)

37. Dari Anas bin Malik r.u. berkata: " Aku bertemu dengan Muadz bin Jabbar r.a. Maka aku bertanya kepadanya : Dari mana engkau datang wahai Muadz? Ia menjawab "Aku dari tempat Rasulullah s.a.w. "Apa yang engkau dapat daripadanya?" Tanya Anas. "Aku mendengar bahawa barangsiapa yang mengucapkan 'لا إله إلا الله , Maka ia akan meninggalkan dunia ini dengan Ikhlas masuklah ia kedalam syurga, Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab, kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. maka masuk ia akan syurga". Maka aku terus ke rumah Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Muadz bercerita begini-begini kepadaku". Maka Rasulullah s.a.w. menjawab benar apa yang dikatakan oleh Muadz.
(Zuhratur Riyad)

* Adapun puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah tidak sah, makruh kerana tidak ada ketentuan dari Nabi S.A.W. dan tidak pula dari para Sahabat R.hum. Imam Ahmad, Umar bin Abbas dan Mawardi pada kitab Iqna' bahawa puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah Makruh kecuali berselang satu atau dua hari maka hukumnya menjadi sunnah. (Durratun Nasihin)

Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:
- Banyakkan puasa sunat.jika mampu,
- Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).
- Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu
- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.
- Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.
- Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya
- Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)
- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.

Rasulullah saw. Bersabda , "Barangsiapa berpuasa pada hari khamis , jumaat dan sabtu pada bulan haram (Rejab) maka Allah mencatat baginya ibadah dua tahun".

Rasulullah saw bersabda , ”Barangsiapa berpuasa satu hari berpuasa pada bulan rejab, maka ia seperti berpuasa (selama) satu tahun".

Abu Qilabah r.u berkata , ‘Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab.”

Rasulullah saw. Bersabda "Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan solat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan solat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir". 

Apabila berkata perihal rezeki..
Aku merasakan dugaan aku paling kuat..
Tapi sedarkah aku bahawa ramai lagi diluas sana yang tidak mempunyai pekerjaan, yang hidup merempat, yang mengharapkan belas ihsan orang lain?
Sedangkan aku masih ada keluarga yang sentiasa mendorong dan membantu ku ketika susah dan senang..
Setiap ujian yang Allah berikan adalah sebahagian pengajaran menjadikan diri ini redha dan sabar...

Apabila berkata perihal jodoh...
Aku merasakan aku lah paling terseksa...
Tapi sedarkah aku bahawa ramai lagi diluar sana yang tidak sesempurna aku tidak mendapatkan jodoh?
Sedangkan aku yang mempunyai kesempurnaan sepatutnya bersyukur...
Allah menjanjikan yang terbaik untuk ku.. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat...

Bersyukurlah...
Apabila kita redha akan sesuatu, Allah pasti menjanjikan sesuatu yang tidak dijangka..
Dunia ini hanya sementara, hidup seketika..
Entah esok lusa, kembali semula...

Allah..
Sesungguhnya Engkau mendengar doaku ini..
Jadikan aku sekuat dan setabah nama ku..
Berikanlah aku ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, jodoh yang membawa ku ke jalan Mu Ya Allah..
Jadikanlah aku anak, isteri dan ibu yang boleh membawa ibu bapa ku, suami ku dan anak-anak ku ke syurga Mu..

Ameen Ya Rabb....


Saya teringat percutian saya ke Acheh satu ketika dulu.. ketika di airport, sementara menunggu kapal terbang untuk pulang ke Malaysia, saya sempat berborak dengan seorang minah saleh ni... dia dari australia... Mula-mula saya speaking dengan dia, agaknya mak saya banyak suruh tanya, akhir nya dia menjawab dalam bahasa Indonesia.. agak terkejut.. Saya bertanya kepada nya, adakah dia seorang Muslim? memandangkan dia bertudung rapi seperti seorang muslimah.. tidak nampak beliau seorang kristian.. She said "no"... dia seorang kristian.. tetapi kerana beliau menghormati sebuah negeri yang mengamalkan sistem perundangan Islam yang sangat bagus, jadi beliau decide untuk bertudung... Saya merasakan wanita ini adalah wanita yang cukup istimewa.. kata beliau, selama 4 tahun beliau di bumi Acheh, pelbagai perkara yang dipelajari.. Islam cukup indah kata nya... 

Tapi di Malaysia.. wanita di luar sana, tiada segan silu mendedahkan aurat.. tak bertudung.. pakai pakaian yang menjolok mata.. post gambar yang tidak senonoh.. sangat mengecewakan.. orang kafir boleh menghormati agama kita, kenapa kita tidak boleh menghormati agama kita sendiri?? malah kita menghina nya! hukum Allah dipermainkan... neraka itu panas... orang yang telah meninggal dunia berharap sangat untuk hidup semula supaya mereka boleh bertaubat, tetapi kita yang hidup ini, telah banyak diingatkan betapa azab nya api neraka, hanya memekak kan telinga, membutakan mata...

Ada yang mengatakan kepada saya, lepas kahwin nanti nak bertudung la... Takut suami tanggung dosa, tetapi tahukah anda sebelu kahwin, ayah yang menanggung dosa kamu? tak kasihan ke kat ayah yang membesarkan, yang menjaga anda sejak kecil lagi...

Adik-adik, dan akak-akak.. tak terlambat untuk sama-sama menutup aurat.. pintu taubat sentiasa terbuka.. Jom sama-sama menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari...

:)

Monday, May 6, 2013

Jakarta Pula.. 03 Mei - 05 Mei 2013

Assalamualaikum.. Alhamdulillah… Allah bagi saya kekuatan hari ini.. Semalam saya demam teruk.. Balik dari Jakarta.. Tadi pulak, terpelecuk.. ya Allah.. dugaan… Ni kuatkan diri untuk bercerita tentang trip saya ke Jakarta… bila sebut tentang Jakarta, sure semua terfikir tentang shopping kan. Hihihi… yup.. termasuk saya.. ini kali ke 3 saya pijak kan kaki di bumi Jakarta.. Bumi yang macet setiap masa… jarang untuk kita melihat bumi ini tenang dari kenderaan… semua nya seperti hero jalanan.. membawa laju.. bajai??? Jangan cakap la.. seperti mahu terbang nyawa kita dibuatnya…

Flight saya kali ni jam 7.00 pagi waktu Malaysia.. Alhamdulillah selamat tiba di Jakarta jam 8 pagi waktu Indonesia, 9.00 pagi waktu Malaysia..lewat sejam dari bumi Malaya.. memandangkan saya membawa 10 orang, maka saya bercadang untuk sewa van Merc and alphard.. jangan memain… kat Malaysia pun x dpt naik.. hik hik hik.. terus menuju ke Thamrin City.. Saya ..book di Amaris Thamrin Hotel.. saya cadangkan kepada anda yang memang tujuan untuk bershopping, hotel ini adalah paling sesuai.. lokasi nya terletak di dalam shopping mall.. mudah untuk ke mana-mana dan terdapat restaurant.. memang best… Alhamdulillah.. cousins saya juga berpuas hati dengan hotel ini.. sebab nya, boleh turun naik sahaja.. barang dah banyak, naik atas, hantar barang.. kemudian, turun semula… sambung bershopping.. itu lah rutin kami sepanjang hari Jumaat.. untuk membeli telekung, kemeja, dress.. Thamrin City adalah tempat yang paling sesuai.. barangan kulit tiada ya.. x tahu kat mana jual…Thamrin City ni besar sangat.. memang tak larat la kalau terus menerus untuk berjalan.. sepupu saya jangan cakap la.. troli hypermart dibawak sampai ke bilik… punya la sakan… kalau boleh nak dibawa nya balik Thamrin City ke Pagoh…

Hari seterusnya kami ke Tanah Abang.. tp di Tanah Abang, kami spent time 2 hours je.. pi satu kedai lace, terus memborong… sekejap je.. tp berlakunya kesedihan di sini apabila satu plastic bag saya hilang.. ya Allah.. macam nak gila saya dibuatnya kerana saya membelikan orang… so, saya terpaksa menggantikan semula.. :’( perjalanan kami hanya sehingga pukul 12 tghari sahaja di Tanah Abang dan kembali semula ke Thamrin City.. duit berguni masih tak habis lagi..  tepat pukul 2 petang, saya telah sewa sebuah van untuk pusing jalan-jalan di bumi Jakarta… tak kemana pun.. duk dalam van je.. sebab macet… huhuhu… Kami ke Monas.. so sapa yang nak beli souvenir such as tshirt, key chain, fridge magnet, di Monas adalah tempat yang sesuai… ingat! Tawar habis-habisan.. tshirt size m dan L 3 helai Rp50,000 sahaja!! Kami dah tertipu beli 3 helai Rp100,000… adeeiihh.. saya lagi.. kawan saya kirim fridge magnet, harga nya 6 pieces, cume Rp40,000 tapi saya beli 1 piece Rp10,000… beli 3 so…. Huh!!! Memang tertipu daku!! Hjr yang dikatakan hebat dalam bargain pun boleh tertipu jugak kali ni ya… Pukul 6 kami dah berada di Thamrin City semula.. cousins saya masih tak puas bershopping.. mereka tukar duit dan sambung bershopping.. saya dan Ida?? Naik bilik.. kemas barang.. baring-baring… tak de hati nak shopping sebab dah kerap sangat ke sana dan bila terbayang banyak lagi baju x dipakai tp dibeli, saya membatalkan niat untuk membeli la… huhuhu…

Cadangan dan nasihat saya kepada yang ingin ke Jakarta :
1.       Bawak duit seguni sekali pun anda tetap kata tidak cukup… jadi cadangan saya bawak la berguni-guni…
2.       Jangan lupa makan di Solaria.. pilih mi + chicken teriyaki.. superbb!!
3.       Minum alpukat / avocado sebanyak mungkin.. sangat sedappppp!!!
4.       Kalau nak beli brownies, beli brand Amanda.. yang rasa raspberry.. sangat la sedap.. tp sy beli hari tu coklat n strawberry.. saya rasa mak saya punya..
5.       Naik bajai, mesti discount habis2an.. naik bajai tu Rp 15k – 20k je.. mintak Rp30k tu memang menipu.. mahal sangat!!
OK la.. itu je la kot untuk trip Jakarta saya.. orang kata saya x habis-habis berjalan… Alhamdulillah rezeki Allah kasi.. :) sepatutnya saya ke Gold Coast hari Rabu ni, tapi memandangkan ongkos udah habis, saya terpaksa burn tiket gold coast saya.. :( :( :(

Turki yang dirindui.....

 Tulip..
 Pasar Ikan di Istanbul..

 Aya Sofia... tak dapat masuk sebab kena spend a day dalam ni..

 In front of Topkapi Palace..

 Tulip.. Beautiful.. Subhanallah!!

 Guess what??? Blue Mosque.. cantik sangat...

 Bandar Istanbul..

 Castle..

 Grand Mosque

Lunch Time.. errk...
 
 Turkish delight...

Ephasus Ancient City..
 Group kami under CS Holidays!

 Pamukkale..

 Mevlana Mausoleum

 In front of Goreme Openair Museum..

 Kaymakli Underground City..

 Pasabag Valley..

 Kamal Attartuk Mausoleum..

 Spice Market...

 Spice Market..

Grand Bazaar.. heaven sangat bershopping!!!

Saturday, April 20, 2013

Istanbul Aku Datang!!


Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Allah mendengar doa saya.. Pelbagai ujian yang diberikan, saya kuatkan diri utk teruskan hidup.. Alhamdulillah, Allah gantikan sesuatu yang menggembirakan hati saya.. Kurang dari seminggu sahaja dari tarikh berlepas, plan untuk pergi, akhirnya saya ke sini juga.. Negara yang saya nak sangat perggiii!!!! TURKI.. Negara yg menjadi idaman setiap orang untuk kunjungi.. Dengan tersergam indah masjid-masjid di sini... 

Ada ramai bertanya, "kenapa tak bagitau nak pergi???" I am in learning process to have a quite life.. Before ni, nak fly dh canang sekampung.. Haha.. So this time, i just tell my close cousins and friends only.. Bukan ape, mintak doakan selamat.. Dh sampai turki, i just share some photos on fb and also share my experience in turki.. Berkongsi kegembiraan bersama kawan-kawan kata nya.. hihihi.. Start my 1st day until my last day, i try my best to share as much as I can.. :) 

Day 1

Alhamdulillah.. Sy dh sampai Turki.. Subhanallah! Turki sangat awesome! Sebelum ni saya nak ceritakan dulu perjalanan sy spnjg menaiki MAS.. Alhamdulillah.. Dpt seat yg best! Layanan dr steward n stewardess juga sangat baik! Bateri hp habis, mintak ketua pramugara charge kan! Org lain duk la pening camne nak charge hp.. Mak lg la.. Mintak salt peanut 3 packets, dia bagi satu beg plastic besar buat makan-makan sepanjang perjalanan kat Turki! Wow!! Thank u so much! Next time nak naik MAS... Patut la 1st class best cabin in the world.. ;)

 Ok.. Back to my story.. 1st place setiba nya di Istanbul, saya ke Topkappi place.. Tempat yg cantik.. Wajib pergi!! Di sini la dpt lihat tongkat Nabi Musa, pedang Rasullulah, footprint Rasullulah, pancur emas pun ada, hajarul aswad yg digantikan pd zaman Othmaniah.. Ehh!! Mcm-mcm peninggalan Nabi Muhammad, Nabi Musa, Nabi Yahya, Nabi Ibrahim.. Kata nya itu yg asli.. dalam bahagian peninggalan Rasulullah, tidak dibenarkan tangkap gambar.. Mintak maaf la ya... tak ada gambar.. Selain peninggalan sejarah Rasulullah seperti pedang dan sebagai nya, di dalam Topkapi ada bahagian yang menunjukkan bekas-bekas makanan daripada emas tulen serta juga barang kemas yang sangat cantik...

 Kami pergi musim bunga.. Sy seorg peminat bunga warna warni, tulips jangan cakap!!! Lawa sangat!!!   Jangan marah buat peminat tulip.. :) everywhere pergi dalam Istanbul, tulip merata!!! cume sedih nya tak boleh bawak balik dan kami tak jumpa pun orang jumpa tulips.. saya rasa lelaki Turkey x kan bagi perempuan bunga sebab bunga merata sangat.. bukan mcm saya, dapat roses, menjerit mcm dapat emas segunung...

 okies.. Lepas tu kami makan di sebuah restaurant dkat area blue mosque.. Ada la sup kacang.. Ok! Kacang kuda yg diblend.. Memang tak boleh telan.. Tp mencuba la.. Kat sini, starter nya memang sup kacang dengan salad + lemon.. Xde thousand island dan mayonaise ye.. Mcm mana tu nak makan.. Sy beli je roti tepi-tepi jalan..  1 lira.. Sedappp!! (Blurpp! Sedap la kalau dah lapar..)

Kami solat zohor di Blue Mosque.. Subhanallah!! Sangat teruja dengan keindahan ukiran dalam masjid tu.. Lawa sangat!!!! Ukiran seni dalam Blue Mosque ini membuat kita rasa teruja seketika.. Subhanallah.. Maha suci Allah... Dan kami sempat bergmbar di hadapan Ayasofya.. tapi tak dapat masuk kerana mengikut kata Ali (tourist guide sepanjang di Turki) kena spend a day dalam Ayasofya.. ini yang membuatkan saya akan ke Istanbul lagi untuk masuk ke Ayasofya... Ambik peluang.. Kumpul duit, datang sini ok!!! Kami teruskan perjalanan ke Bursa... Bermalam di hotel Gold Business 4 bintang ***.. thumbs up! hotel sangat cantik...

Wikipedia:
Day 2

Hye.. Dah satu malam tido di Turki.. Ok! Saya jetlag!! 4 pg sy dh bangun dan tak boleh tidur.. Dan dalam bas sy tidur sepuasnya otw nak ke Kusadasi yang mengambil masa 5 jam perjalanan.. Di Bursa, saya ke grand mosque (ulu mosque) dan green mosque.. Masjid sangat lawa ok!!!! Sangat sangat.. Kena masuk dan tangkap gambar.. Jangan lupa buat solat tahayatul masjid yaa.. Ok.. Kat grand mosque ada market.. Tp kami tak dibagi masa pun untuk bershopping.. Sy carik jugak masa utk lari ke satu dua kedai.. Sudah pasti sy masuk kedai tudung.. Tudung satin dalam 20 lira.. Woww!! Mahal!! Jangan beli! Baik beli kt Msia.. Baru berapa je!!! So, sy membatalkan niat untuk membelikan tudung satin untuk cousin sy yang kirim..


Apabila sampai di green mosque.. kena masuk green mosque.. Subhanallah!! satu lagi masjid yang sangat cantik dan sangat kukuh dan tersergam indah di atas bukit...  Kami diberi masa jalan sendiri.. Org lain semua pi kedai yg di suggest kan oleh tour guide kami.. Standard la kan kalau dh tour guide yg tunjuk, sure mahal.. Sy memberanikan diri, pergi berjalan jauh sedikit.. Yeahhh!! Saya jumpa tudung satin.. Sehelai 5 lira!! Tahu berapa saya beli?? 15 helai! Mak terkejut tengok saya pilih tudung.. Puas hati!!! Di green mosque, u all pi jalan sikit ke depan, byk kedai murah ehh.. Kene tahu meeting point je... Paling penting, please be careful.. pick pocket sangat banyak... (saya akan cerita tentang currency...)

Ok la.. Nk tido sekejap dlm bas.. Waktu sini skrg 1.49 pm, waktu Msia 6.49 pm.. Pergi restaurant utk lunch dan check in hotel untuk rest.. esok memerlukan banyak tenaga... 

*kalau pi Bursa, ada kawasan snow.. Tp kami tak pi... :'( sesiapa yang pi ke Turki, tanya pi tak tmpt main ski di Bursa wokey!

Wikipedia:

Day 3

Hi!! penat.. penat.. penat... one word dalam kepala buat masa ni.. perjalanan kali ni mengambil masa 6-7 jam.. sy pantang naik bas, saya terus ambik bantal, lelapkan mata sehingga tiba tempat yg dituju... sebab tidur sekejap, badan perlukan tenaga yang banyak.. setiap hari cakap mcm tu... hahaha.. nope.. sbnr nya masih jetlag.. beza 5 jam.. time tidur kite berubah, memang la lain jadinya... Hari ni kami ke Ephesus Ancient City... ni zaman-zama Rome Empire... peninggalan sejarah yang sangat cantik, buat saya terkesima seketika.. dengan berlatar belakangkan tumbuhan hijau dan sisa-sisa peninggalan Rome membuatkan gambar-gambar saya cantik berlatar belakang seni dunia...suhu di Kusadasi agak panas.. begitu juga di Pamukkale... Perjalanan diteruskan.. Berhenti lunch seketika.. disini saya beli la strawberi.. 5 biji 5 lira.. ayooo mahal sangat! tapi kerana teringin rasa strawberi Turki yang dikatakan sangat manis, saya beli juga la.. tp menghampakan kerana rasa nya tawar.. bluueekkk!!!

Perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir pada hari ini... melihat satu ciptaan Tuhan yang sangat cantik dan unik.. Pamukkale Hot Spring..  Menurut Ali, sebenarnya itu adalah sodium bikarbonat.. melihat dari jauh seperti snow tapi bukan ya.. sungguh cantik... Pammukale menjadi salah sebuah tempat world heritage.. Subhanallah... cantik yang teramat tetapi malang nya air didalam kelopak banyak telah kering, hanya tinggal beberapa kelopak sahaja.. Kami bermalam di Tripolis Hotel 4 stars.. dari hotel boleh nampak Pammukale dan juga gunung ganang yang diselaputi salji.. cantik sungguh.. ok.. time utk tidur.. kerana perjalanan esok mengambil masa 12 jam ke Cappudicia... 

Wikipedia:

Day 4

dah berapa malam kat Turki ni... wahh.. dah lupa.. ye la.. dah jadi orang Turki.. kekeke.. nope.. joking! perjalanan diterus kan.. kami berhenti di Konya untuk melihat Mevlana Mausoleum.. In the museum, there are properties belonging to Mevlana and other dervishes as well as valuable samples of hand-painted kerchiefs, hand writings and etc.. kat sini juga lah, boleh lihat tulips yang sangat banyak dan sangat cantik.. dan di sini juga la..... tak de pape... kekkeke.. saje je... 

Teruskan jajahan ke Sultanhani caravanserai.. kat sini saya blur.. kenapa la dia bawak ke sini... setakat bangunan sebiji.. ada sentimental value kot.. sebab saya lebih tidur je dr dengar Ali bercakap kat depan... saya panggil baganserai.. hahaha... teruskan perjalanan dan dinner di hotel.. Avrasya Hotel... Hotel ni kecik tp kena stay 2 malam.. hotel besar 1 malam jek.. huhuhu... 4 stars... Good nyte!!!

Wikipedia:

Day 5

Pagi ni siapa yang ingin naik hot air balloon boleh pergi, sapa tak mau duk je hotel.. memandangkan cost naik hot air balloon untuk seorang adalah 220USD, so saya lupakan sahaja la... mak pun tak nak naik.. dan saya fikir nanti saya ke turki lagi, saya dapat naik dengan husband saya.. (berangan lebih!! banyak duit!!!)

kawasan di Cappudicia ni sangat cantik.. batu-batuan yang unik... memandangkan banyak tempat yang perlu dilawati, maka di Cappudicia, kami spend 2 nights.. Tempat pertama yang dilawati adalah Goreme Open air Museum..  tmpt nya sangat unik.. memang tak kan ada la kat Malaysia ni.. tp kan yang takutnya disetiap bilik-bilik dalam batu ni, banyak tanda salib.. so saya tak nak la masuk, tak kene sampuk.. saya prefer duk luar, tangkap gmbr dari luar.. mak tak naik sampai atas.. tak larat wowww.. tinggi.... ha.. kat sini juga la saya beli ice cream turki yang sangat sedap.. kat Malaysia cuma ada kat Bukit Bintang, kalau rasa tak dapat pi turki, pi la BB, rasa la ice cream nya.. seriously sangat sedap... tp kat Turki lagi mahal dr Malaysia.. ciss.. kat Malaysia jual cume RM5 je... kat Turki leepas convert rm10... mesti semua terbayang mcm mana kan ice cream nya.. tgk istanbul aku datang, lisa makan ice cream kan? ha.. mcm tu la ice cream nya.. ice cream dalam contong... hahahaha...

Seterusnya, saya ke underground city of kaymakli.. Subhanallah!! tak sangka dalam gunung ganang, bukit-bukau, terdapat 8 tingkat tempat tinggal di bawah tanah... cukup mencabar.. terfikir sejenak, betapa hebat nya ciptaan Allah.. manusia boleh hidup di bawah tanah... bagaimana dengan oxigen nya.. fuuhh.. byk perkara berlegar dalam fikiran saya.. maha suci Allah.. menciptakan sesuatu yang tiada tolok bandingan... paling menakutkan apabila melalui lubang-lubang kecil yang hanya boleh memuatkan satu badan dan terpaksa tunduk untuk berjalan... memang mencabar! kalah masuk survivor tau... :) 

kami meneruskan perjalanan ke Pasabag Valley dan Uchisar Village.. hanya 10 minit untuk bergambar sahaja.. pemandangan yang cantik... :) dan akhir nya pulang ke hotel untuk program esok!!!

wikipedia:

Day 6

Hari ni satu tempat je pergi... Melihat Kamal Atartuk Mausoleum.. yang pelik nya kan, nak masuk kawasan Kamal Atartuk ni kena pemeriksaan yang rapi.. Pi makam Rasulullah pun tak de seperti ke kubur kamal atartuk... errmm.. kata nya takut orang curi mayat kamal atartuk.. siapa la nak curi.. kalau jasad Rasulullah tu, pasti ramai yang berebut, ini kamal atartuk.. seorang muslim yang mengamalkan dasar sekular.. mati tak diterima bumi.. tak ada siapa nak nya... dalam kawasan kubur kamal atartuk ni, tak kan lihat sepotong ayat quran pun... errm.. wallahualam.. tak tahu la... yang ada anjing kesayangan atartuk yang telah diawet... 

Selesai di Ankara melawat pak Atartuk, kami teruskan ke Bolu.. Bolu kawasan yang paling sejuk sangat sepanjang percutian ini.. fuuhh.. suhu nya.. perghhh!! sampai negatif.. menggigil sangat... terletak di kawasan gunung.. memang rasa winter la.. kalau winter season, boleh mencecah -17c... ya Allah... keluar dari bas, kaki menggeletar je.. paling best bila cakap keluar asap dari mulut.. haha.. mcm org jakun sungguh... malam ni tido di Koru Hotel.. 4 stars! besttt!!!! tingkap bukak sikit je ni.. sebab angin luar sejuk sangat!!!! grr.. nyte!

wikipedia:


Day 7

Wahh.. dah hari ke-7.. cepat nya!!! nak duduk Turki.. Turki bestt!! tapi tak selamat... pagi ni pulang semula ke Istanbul.. ini lah masa yang dinanti-nantikan... bertolak pagi tetapi jem yang teruk di bridge dari Asia ke Europe menyebabkan saya merasa marah!! arghh.. ini pertama kali duit tak guna untuk shopping.. hahaha.. mcm banyak sangat bawak.. yes.. since 1st day sampai, saya tak beli apa-apa lagi.. kerana tiada tempat shopping souvenir.. ada pun mahal sangat..

akhirnya lokasi pertama ada la spice market.. bercakap tentang spice market, di sini adalah sesuai untuk membeli manisan spt turkish delight, cotton candy, apple tea, dan berjenis-jenis tea lagi.. di Spice market saya teman mak beli barang, saya masih tak dapat lagi barang yang saya nak..

Seterusnya kami ke Grand Bazaar.. tempat yang sangat dinantikan.. di sini ada 4000 kedai.. anda kena alert pintu mana masuk dan pintu mana keluar.. ingatan kena kuat ketika ini.. risau tak jumpa gate 1.. kat sini ada 16 gate.. wahh.. boleh menyasau ni... hahahhaa...di sini juga adalah tempat paling sesuai untuk anda bershopping.. tp diingatkan tawar mesti 30-70%... diaorang ni kelentong banyak... saya beli dress.. dari 170 lira, saya dapat 100 lira... kena mulut manis, kalau tak cukup manis, kena makan candy cotton banyak-banyak kat sana kasi manis untuk bargain.. hihihi.. Alhamdulillah.. di sini lah saya dapat membeli barang-barang saya dan juga souvenir buat kawan-kawan dan saudara mara saya... bestt!! semua terkejut tgk saya naik bas... satu beg besar penuh.. ditambah satu paper bag.. semua kata hjr senyum sampai ke telinga.. mana tak nya, saya dapat jubah yang saya nak sangat walaupun mahal harga nya tapi saya berpuas hati.. Alhamdulillah lepas ni boleh la berjubah je kan.. weee... :)

Seterusnya kami terus ke hotel... di Grand Anka Hotel.. Istanbul sejuk sangat.. best... dah.. dah.. saya nak pack barang.. esok nak naik Bosphorus Boat n pulang ke Malaysia...

wikipedia:

Day 8

last day in Turkey.. oh tidakk!! saya berdoa supaya saya duduk di bumi yang sangat cantik ni!!!  kami check out dari hotel dan terus ke jeti untuk naik Bosphorus Boat.. best sangat!! cantik melihat pemandangan bumi Allah ini... tak terkata... dan apa ingin saya katakan di sini, sila pakai baju tebal-tebal kerana terlalu sejuk!!! sampai cramped tangan saya... hari ni birthday Aunty Katy, so kami celebrate bday aunty Katy dalam boat.. nanti saya upload video..

Kami dh kat airport... dan selamat tinggal bumi Turki... akan ku sampai suatu hari nanti lagi.... 

Gula-gula Istanbul!!! (gula-gula dalam bahasa turki.. Bye-bye dalam english)

Tips:
1. Tukar duit Malaysia ke USD.. setibanya di airport, cari money changer.. tukar di airport.. dengar pesana saya, jangan tukar luar airport sebab money changer susah nak cari.. dengar nasihat saya ya....

2. Perlukan internet? tak payah beli simcard sana sebab terlalu mahal.. korang pun bukan nak 24 hours online kan?? baik tak payah holiday kalau nak main internet.. tapi jangan risau, dalam bas persiaran ada internet.. laju!! boleh dikatakan semua bas ekspress di turki ada internet.. dan hotel nya juga semua ada wifi.. tak perlu risau la... boleh wassap wassap orang di Malaysia.. dalam bas tu kena mintak.. kalau senyap, diaorang pun senyap la..

3. Tudung satin yang lawa adalah di Green Mosque.. sebelah silk shop.. saya tak masuk silk shop tu, bukan nak membeli pun kat situ.. mahal sangat.. saya beli kat kedai tepi-tepi jalan.. kat situ, design satin sangat lawa.. boleh beli kat situ.. tawar habis-habisan tau!! di Istanbul, tudung satin banyak pattern untuk warga veteran.. kalau orang muda mcm saya, kikikiki.. tak suka punye... haha...

4. souvenir beli lah di Grand Bazaar... Grand Bazaar semua ada.. pandai tak pandai menawar je... kalau nak tshirt murah, beli je kat luar grand bazaar yang orang angkut-angkut.. ha..itu cume 5 lira je.. kalau kat dalam 10 lira..

5. Kena pakai moisturizer kat kulit muka.. muka jadi kering sebab sejuk.. kaki pun kena pakai lotion.. kalau tak fuuh.. sedih mcm kaki saya...

6. kena makan ice cream yang boleh baling-baling tu!! rugi besar sampai turki tak makan ice cream tu.. ice cream yang sangat sedap walaupun mahal!!!

7. nak kulit cantik?? minum la fresh orang yang tiada campuran gula dan air.. banyak jual kat sana.. perghh.. secawan 6 biji orange, kalau manis, manis la.. kalau masam, masam la... masam nya!! demi kulit nak kasi vit c!! habiskannn!!! 

8. dress yang perempuan turki pakai?? ohh... itu kat grand bazaar... tanya orang kedai kat situ, kat mana boleh dapat kan dress tu, nnt dia akan tunjukkan.. senang je dari Gate 1.. ha... sesiap nak kahwin dan memang nak carik cadar, beli la kat Grand Bazaar.. lawa sangat!!! kat Malaysia mahu rm3k-4k... serius... tp kat sana lepas convert rm500 je...

9. nak tanya lagi???tinggalkan comment nanti saya jawab la sebab sy pun tak tahu nak tulis ape lagi.. nantikan special video dari bumi Turki... 

Bye!!!


Dengar ni tau!! best.. saya beli cd nya di Turki.. Instrumental yang menusuk ke jiwa.... dalam bas, fikirkan sesuatu, berjurai terus airmata emas ni.. kekeke...