Saturday, November 22, 2008

TO YOU.... MY DEAREST FRIENDS....

Thank you, friend, for all the things
That mean so much to me--
For concern and understanding
You give abundantly.

Thanks for listening with your heart;
For cheering me when I'm blue;
For bringing out the best in me;
And just for being you.

Thanks for in-depth conversation
That stimulates my brain;
For silly times we laugh out loud;
For things I can't explain.

For looking past my flaws and faults;
For all the time you spend;
For all the kind things that you do,
Thank you; thank you, friend.

15 AMALAN MEMBINA PERIBADI MUSLIM

1. Sedapat-dapatnya berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis

2. Solat 5 waktu tepat pada masanya dan berusaha solat tahajjud serta solat sunat yang lain (Qiamulailil, solat hajat dsb)

3. Kurangkan waktu tidur dan perbanyakkan membaca Al-Quran

4. Perhatilah dan tepatilah setiap janji anda

5. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin

6. Hindarilah tempat maksiat dan janganlah menganjurkannya

7. Berpakaian secara sederhana

8. Banyakkan melakukan aktiviti sukan untuk kesihatan jasmani

9. Perbanyakkan membaca buku-buku Ilmiah (agama,sains,politik dsb)

10. Pelajarilah pelbagai ilmu yang memanfaatkan

11. Pelajari bahasa arab untuk mempermudahkan kita mendalami dan menghayati pembacaan Al-Quran

12. Sentiasa menghisap (mengingati dan menginsafi) segala amalan perbuatan dan dosa yang telah kita lakukan

13. Sentiasa mensyukuri dengan apa yang kita terima dengan mengucapkan kalimah "Alhamdulillah" sebagai amalan harian

14. Ikutilah setiap perkembangan umat Islam diseluruh pelusuk dunia dan senantiasa mendoakan akan kesejahteraan mereka

15. Jadikan amalan berdoa dan berzikir kepada Allah sebagai perkara rutin dan harian tak kira waktu kerana sesungguhnya Allah amat suka pada hambaNya yang tidak lekang bibirnya untuk menyebut namaNya dan meminta kerahmatanNya .

12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau
menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.

Kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis sukar untuk dicari.. betul tak?