Wednesday, February 8, 2012

5 Negara Paling Murah Di Dunia

5. Pakistan - Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!


4. Filipina - Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135.



3. Argentina - Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.



2. Zimbabwe - Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.


1. Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.









Abg Long dapat masuk SBP!!

1st of all, congratulations to my elder nephew... dapat Sekolah Sains di Tapah.. I am not sure apa nama sekolah nya.. tapi mak su proud la dengan abang long... dapat banyak offer.. I know u're a brilliant person dude! (emak dia yang over ok! anak nak masuk asrama, mak dah melalak dulu!)

Ni pesan Mak Su untuk Abg Long :

1. Blaja rajin-rajin.. Jangan duk sana dengan mengular je.. memang kene ar...
2. Jangan kawan dengan budak-budak nakal... kalau kita berkawan dengan orang nakal, kita akan jadi nakal.. kawan dengan budak-budak masjid dan yang pandai.. tak mau yang separa lelaki ni...

3. Kalau sesiapa buli, dia cakap suruh rahsiakan jangan bagitau mak ayah.. jangan peduli cakap diaorang!!~~!! call je mak ayah... Mak abang long tu nampak je lembut, tapi samseng tu... dia jerit pengsan bebudak tu.. kalau mak tak jalan, call mak su.. mak su datang sana! (menyelit sikit, kekeke.. dulu masa zaman saya di asrama, saya dapat berita budak lelaki disuruh makan secara menyangkung di toilet!! serius gila! entah apa-apa denda gila lagi yang dibuatnya...) Kalau ada orang suruh abg Long buat macam tu, bagitau Mak Su, Mak Su bawak bonzer Mak Su... He He He...

4. Jangan boros! Abang Long ni boros.. pantang ada duet.. habis cepat je... ingat... jimat-jimat.. nanti kat sana abg Long akan jumpa orang dari keluarga yang susah... Abg Long hidup mewah dari kecik, so take some lessons from ur friends yang datang dari keluarga susah k... Learn from them.. So u will know how Atok and Tok Ba survive membesarkan kiteorang sampai berjaya... tak kaya pun boleh berjaya..

5. Lastly, Abg Long jangan nangis-nangis duk sana!! lagi-lagi time Mak Su and Atok travel pi overseas!!!! wahahahaha!!! yuuuhhuuu!!! BYE ABG LONG!! Tinggal lah duk asrama sana!!!

Good Luck n all the best Abg Long!