Saturday, February 11, 2012

I ADMIRE HER!

who?? my sister! On the way back from her house, dekat traffic light area Greenwood ada seorang wanita tua berjalan dari kereta ke kereta meminta derma... Akak saya pasti menghulur bagi membantu dia... Saya tengok dari zaman dia belajar sampai sekarang, dia tak pernah berkira.. Everytime saya bagitau dia, ada kawan-kawan saya sakit ke susah ke, dia tak fikir 2 kali, dia terus bank-in untuk membantu... Masa zaman dia belajar, ada seorang budak kecik dengan mak dia berjalan, tanya akak saya kat mana kedai runcit, dia nak beli roti... Akak saya terdengar si anak kecil ni mengeluh kat mak dia, "saya dah lapar...", mak dia jawab, "sekejap kita cari kedai beli roti..." ketika itu ditangan akak saya ada note RM10 untuk membayar duit fotostat... Akhirnya dia bagi note RM10 tu pada si tua itu suruh beli nasi.... itu cerita 10 lebih 10 tahun yang lepas tp masih tersemat dalam fikiran saya...

Hari ni saya sedar, patutlah akak saya ni hidup nya sentiasa dilimpahi rezeki... ada rumah yang besar, kereta yang besar, hidup yang sempurna... Sebab dia tak pernah kedekut langsung... Even dengan saya sekalipun... Sekarang ini saya nak jadi macam dia.. yang tidak kedekut, yang sentiasa menghulurkan bantuan ketika orang perlukan..

Jadi selepas ini, mari kita ramai-ramai saling bantu membantu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing....

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.

· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.

· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.

· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Lelaki mahupun Wanita... Anda di minta membantu kawan saya!

Ini tiada kaitan dengan saya... Ini adalah cerita kawan saya.. Dan dia perlu minta bantuan kita semua.. Semoga kita boleh membantu nya.... Boleh comment @ mesej saya di FB saya... Terima kasih...

Begini kisahnya....

Kawan saya ni setia sangat dengan kekasih hati nya.. Seriously! lelaki lain ajak dia keluar, dia tak pernah nak.. saya pun tak faham sikit dengan dia.... sebab sifat terlalu setia nya tu tadi... dan dia buat yang terbaik untuk kekasih hati nya.. tetapi mamat ni macam tak pernah nampak apa yang dia buat selama ni... Kawan saya ni treat baik dengan kekasih hati nya... tetapi lelaki tu layan macam hambar je n kekadang saya perasan lelaki tu memang jauhkan diri daripada dia...

Kalau u'all apa u'all akan buat?? ramai mesti jawab tinggalkan je!! errmm.. kita cakap memang senang tinggalkan je dia... kalau dah terpahat dalam hati, senang ke nak tinggalkan????? lelaki putus cinta pun macam nak bunuh diri.. errrmm...

feedback anda diperlukan..

Thank you!

Jangan lupa MU vs Liverpool tonite!!! Glory glory MU!!!! Sokonglah MU untuk kemenangan bersama...

psst: tadi kawan saya ajak makan ayam penyet kat Kg Changkat.. oh my God!! serious menakutkan.. agak tersembunyi tapi best! adventure!!