Tuesday, April 10, 2012

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

KISAH TEMPAT TINGGAL ROH

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

· Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

· Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.

· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

· Orang-orang yang mati syahid.

· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

· Orang yang puasa hari Arafah.

Doa Seorang Sahabat...

Assalammualaikum...

Hye... Alhamdulillah.. Hajar dah kat Johor sekarang... Dan semakin pulih... Ini semua berkat doa semua kawan-kawan.. ya Allah... tak terbalas jasa korang... Kalau tak kerana doa semua orang, mungkin Hajar masih terlantar di hospital... Masih bergantung dengan nebulizer...

Kadang-kadang hidup kita ni tak boleh terlalu sombong, bongkak, angkuh... Mungkin kejayaan kita pada hari ini adalah disebabkan doa-doa sahabat kita... Contohnya, "semoga berjaya!".. itu satu doa tau... Tapi kita manusia tak sedar, selalu rasa diri ini berjaya kerana usaha sendiri, bukan kerana orang lain... mungkin berkat doa orang lain tu la yang buat usaha kita berjaya.... Cuba kite tengok sebatang pokok... Kalau tanpa bantuan baja, air, cahaya matahari, agak-agak dia berbuah tak??? tak kan... Baja mungkin usaha, air mungkin doa kita, cahaya matahari mungkin doa sahabat-sahabat kita... Itu sebab pokok berbuah sebab dengan bantuan yang lain...

Jadi saya nasihatkan diri saya dan kawan-kawan yang saya sayang semua, kita berbuat baik dengan semua orang, mendoakan antara satu sama lain, kita akan bahagia dunia akhirat, InsyaAllah... :)

"Janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan benci-membenci, jangan dengki-mendengki, jangan berputus hubungan antara satu sama lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Hadith Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah s.w.t."
(Hadith Riwayat Muslim)

Ok lah... cukup masa... Hajar kene tidur, esok kene bangun awal pagi...

Take care everyone! Luv u so much!