Friday, May 18, 2012

Relaks Sekejap.....


Pak Pandir dan Wartawan
satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata.. tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe...  Waaa pelik ni Pak Pandir.. cuba cerita kat kami... 5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini... dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan.... dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.

Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang... 
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih? 
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak. 
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu. 
Mak Andih: ???


Pak Pandir Dan Polis
Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis : Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.

Sakit jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah
jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak. 
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia? 
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

MatPunk                                                                                                                      Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut... 
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?" 
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. 
dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

 

Ehwan dgn 100 ekor ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee. 
Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya 
(seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya 
untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan... 
Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan 
kad lelaki kaya tadi)."
Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas 
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk me ngetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat 
si Ehwan ketawa ... 
Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan ... ? Kepalanya tak
sakit kan ?"
Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."

Kenapa Kamu Di Sini

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
" Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!" 
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"

Lepak!

Orang kata budaya melepak ni tak bagus kan.. tapi pada saya budaya melepak di kedai makan adalah bagus JIKA sekali sekala..... ini pengalaman saya setelah saya hidup 26 tahun keluar lepak dengan lelaki... saya di ajak oleh rakan saya, Fahmie untuk pergi makan di satu kedai roti nan... so, saya bersetuju memandangkan saya dah bertahun tak keluar lepak kat kedai mamak... Kak Num pun perasan adik dia sorang ni memang tak keluar dengan kawan-kawan.... kami bukan pergi berdua tetapi ada rakan baik Fahmie gak join... Btw, thanks Fahmie atas kejutan... errrkk... happy gak la.. kih kih kih... :)

Fahmie  bawa saya makan di satu kedai mamak depan Ampang Point.. Seriously, nan dia superb sangat! korang boleh pi makan situ... Saya order plain nan makan dengan curry... sedap nya....rasa macam nak pi makan lagi.. Fahmie n man oder butter nan, plain nan, spinach n chicken tandoori... saya agak terkejut tgk mereka makan spinach.. nak cakap semalam, takut.. so biar saya cakap kat blog sendiri.. kekeke... spinach tu sama macam makanan baby... itu bila saya tengok man makan spinach je, saya agak terkejut... katanya nak jadi popeye... hahaha.. dalam hati, "ok.. man sedang makan makanan baby.. hehehehe..."  kidding.. kidding...

Hey.. ni 1st time tau saya dengar lelaki bergossip... sama je macam perempuan rupanya... hahaha... saya tak tahu la adakah sebab ada saya, topic yang diperbincangkan lain daripada selalu.... hahaha.... ye la.. kalau lelaki ni kita expect dia akan cerita tentang bola la... pasal isu-isu yang tidak berkaitan perempuan.. rupanya ada gak terselit.. kekeke... saya dengar diaorang bercerita, sebenarnya dalam hati saya gelak gila-gila... seronok... seriously! dengan sorang kawan Fahmie yang bernama Fai, serius tengok dia macam serius, sometimes saya rasa dia boleh masuk Raja Lawak... kah kah kah...

Kalau perempuan ngeteh, secawan je seorang.. tetapi lelaki ngeteh, 2 gelas.... blurrrppp... ok.... gelas kedua saya pun air sejuk tp cume minum sikit sebab nak membasah kan tekak je.. macam tu rupanya orang lelaki ni melepak ya.... memang berbeza... mesti dah ramai fikir, hajar ni social keluar dengan lelaki je.. hellooo... at least I've learned something bebeh.... bukan keluar suka-suka tetapi pada masa yang sama banyak bermain di minda ok...

Per'borak'an... ada ke word tu?? ok.. belasah je la... perbualan kami malam tadi banyak kepada investment, berkongsi pendapat ttg Islamic investment & conventional investment.. btw, Fai is good in investment... Kalau ikut theory, memang banyak yang halal, tapi logically, more kepada yang haram.. best jugak tau.. kene plak saya yang banyak cakap, dan Fai pun banyak cakap, so macam-macam pendapat... tidak lah sampai kepada berdebat ya..

Fahmie??? ooo... dia senyap je... (rasa macam aku pulak yang lelaki, dia perempuan..) hahaha.. Fahmie pemalu depan kawan-kawan dia.. errkk.. ye ke...tanya la dia sendiri.. hahaha.... jahat kau Hajar!!! tapi dia banyak berjasa... so Fahmie! dengan ini saya akan blanja makan Mak Wan.... dan kalau perjanjian kita, saya kalah, up sikit Dome! dan jika saya menang... seperti dalam perjanjian... Buat Rima, u can join us if I win! keh keh keh...

Man.. erm.... no comment.... kih kih kih... sebab saya agak pemalu untuk berborak dengan dia... Man tanya saya jawab... oh malu nya daku!!  (ok Hajar.. stop jadi gedik.. jadi perempuan Melayu Hajar!!) Cuma saya agak terkejut mamak kat kedai tu boleh tahu dia nak makan apa... memang hebat!! U memang loyal customer dia ok!!!~!! hahaha... Maybe before you go to aussie, you kene blaja dulu macam mana nak buat favourite nan n spinach tu wokey!! so, tak de la rindu-rinduan nanti..

and me??? of course I really enjoyed it!!!!! saya tak fikir kerja, saya berborak... saya tak fikir masalah di office... release everything.. and now I know why some people suka sangat melepak.. Rupa nya memang rest minda... We take in a good side ok.. Ok la... I've to go... c u next entry.... hey! I've something for u in next entry... boleh gelak-gelak ok.... wait n see bebeh... luv u guys!